May 29, 2017

TMJ kurniakan bas kepada pasukan Harimau Malaya

Pengurniaan bas untuk kegunaan pasukan Harimau Malaya oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah sesuatu yang sudah pastinya memberi keselesaan buat pasukan negara.

 Selain daripada satu kemudahan kepada pasukan, ianya adalah menarik kerana sudah tentu bas tersebut juga bakal memberi identiti tersendiri kepada pasukan kebangsaan kita.

 Pada masa akan datang, kita mungkin akan dapat melihat pelbagai lagi infrastruktur dan fasiliti yang disediakan oleh Tunku Presiden sebagaimana baginda lakukan kepada kelab bola sepak Johor Darul Takzim sebelum ini.

 Semoga langkah demi langkah yang diusahakan oleh Tunku Presiden akan memberikan semangat serta moral kepada barisan pemain negara sekaligus mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.

No comments:

Post a Comment